• Main
  • News

????PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM BIL. 1 2026

Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pelengkap kepada aktiviti tahunan unit beruniform di sekolah-sekolah.

Dalam perhimpunan bulanan ini setiap unit beruniform dikehendaki mengendalikan perhimpunan rasmi sekolah dengan dibimbing oleh guru penasihat unit beruniform berkenaan.

Alhamdulillah, Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Bil. 1 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada pagi ini di bawah kelolaan Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).

Terima kasih diucapkan kepada semua guru penasihat dan ahli-ahli TKRS yang terlibat. Diharapkan aktiviti ini dapat memperkukuhkan jati diri dan disiplin murid.

#PendidikanManusiawi@KERIS
#TransformasiBerinovasiInsaniahMadaniBerintegriti
#SKKHebatHebatHebat