SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026????????????????
???? 18 MEI 2026 (Isnin)
⏰ 8.00 pagi – 9.40 pagi
???? Dewan Ummi Mujtahidah
“Guru ibarat pelita yang menyuluh kegelapan, lilin yang membakar diri demi kejayaan anak didik, serta pengukir yang membentuk masa depan.”????️????
Alhamdulillah telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2026 dengan bertemakan “Guru Bitara , Nadi Negara”. Sambutan ini adalah bagi meraikan serta menghargai segala pengorbanan, jasa dan titik peluh semua pendidik dalam mendidik dan mencorak modal insan selama ini.
Guru bukan sahaja berperanan sebagai seorang pengajar, tetapi juga sebagai pembimbing, pemberi semangat serta teladan bagi setiap anak didik. Tiada perkataan yang cukup untuk meluahkan rasa terima kasih atas segala kesabaran dan tunjuk ajar yang telah diberikan selama ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Guru Besar, Pn Rahayu binti Mohd Thith, barisan Guru Penolong Kanan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA????????????✨Terima kasih cikgu!????
#PendidikanManusiawi@KERIS
#TransformasiBerinovasiInsaniahMadaniBerintegriti
#SKKHebatHebatHebat