• Main
  • News

Unit Hem Skk 2026

Unit Hem Skk 2026

UNIT HEM SKK 2026

???? GOTONG-ROYONG KESIAPSIAGAAN PEMBUKAAN SEKOLAH 2026 ????

???? Hari: Selasa
???? Tarikh: 6 Januari 2026

Semua guru dan kakitangan sokongan serta PIBG SK Kerubong telah berganding bahu melaksanakan aktiviti gotong-royong bagi membuat persediaan menyambut sesi persekolahan baharu bagi tahun 2026.

Aktiviti ini bertujuan memastikan persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat dan kondusif untuk proses pembelajaran.

Setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan kepada seluruh warga SK Kerubong atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha murni ini dapat memupuk budaya cintakan kebersihan dan rasa tanggungjawab bersama dalam kalangan warga sekolah.

#PendidikanManusiawi@KERIS
#TransformasiBerinovasiInsaniahMadaniBerintegriti
#SKKHebatHebatHebat