HARI TEMU MESRA & ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2026 ????✨
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Hari Temu Mesra Bersama Ibu Bapa dan Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2026 pada ketetapan berikut:
???? Tarikh: 8 Januari 2026
???? Tempat: Dewan Ummi Mujtahidah, SK Kerubong
???? Anjuran: Unit HEM SK Kerubong
Program ini merupakan langkah awal bagi menyambut kehadiran "si cilik" ke alam persekolahan yang sebenar. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah:
✅ Taklimat Pengurusan & Kurikulum: Memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai perjalanan sekolah dan sistem pendidikan terkini.
✅Taklimat Hal Ehwal Murid (HEM): Maklumat tentang peraturan sekolah dan kesiapsiagaan pembukaan sekolah.
✅ Sesi Suai Kenal Murid: Anak-anak Tahun 1 berpeluang mengenali guru kelas dan rakan-rakan baharu dalam suasana yang ceria.
Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir memberikan kerjasama yang sangat baik. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan guru dan jawatankuasa Unit HEM SK Kerubong atas komitmen dalam menjayakan majlis ini.
Semoga usaha ini menjadi permulaan yang cemerlang buat anak-anak Tahun 1 bagi sesi 2026! ????????
Berikut adalah pautan Lensa KERIS bagi program tersebut:
https://youtu.be/e07rupKiuf0?si=aokc1q0veHJ8IB8h
#PendidikanManusiawi@KERIS
#TransformasiBerinovasiInsaniahMadaniBerintegriti
#TEAMjpnmelaka