Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pihak sekolah merakamkan ucapan Selamat Menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) kepada semua murid Tahap 2 serta Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Uji Minda kepada murid Tahap 1 Sekolah Kebangsaan Kerubong.
Semoga semua murid dapat menduduki ujian dengan tenang, bersemangat dan yakin dengan kebolehan diri masing-masing.
Diharapkan ibu bapa dan penjaga dapat memberi sokongan dengan memastikan anak-anak:
????Mengulangkaji pelajaran secukupnya,
????Mendapat rehat dan pemakanan yang seimbang, serta
???? Hadir ke sekolah setiap hari sepanjang tempoh ujian dijalankan.
Kehadiran murid adalah diwajibkan bagi memastikan kelancaran proses penilaian dan pentaksiran kerana perekodan PBD dan UASA murid secara "online" perlu diselesaikan sebelum 15 November 2025.
Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang berterusan daripada pihak ibu bapa dan penjaga.
“Kerjasama Ibu Bapa, Asas Kejayaan Anak Didik”
"SKK Hebat Hebat Hebat"
Yang menjalankan amanah,
Puan Rahayu binti Mohd Thith,
GURU BESAR,
Sekolah Kebangsaan Kerubong,
Melaka.
11 Oktober 2025