HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK KERUBONG 2025????
????️ 10 Oktober 2025 / Jumaat
???? Dewan Ummi Mujtahidah
Hari Sukan Negara (HSN) merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober sejak tahun 2015 dengan hasrat membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.
Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030) bagi:
1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
2. Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
3. Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
4. Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan.
5. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam pembangunan sukan untuk semua.
Pihak sekolah telah mengadakan senamrobik bersama Coach Hartini Mohtar pada pagi ini demi merealisasikan aspirasi negara.
Terima kasih kepada Pn. Rahayu binti Mohd Thith, Guru Besar SK Kerubong, barisan pentadbir, guru-guru dan murid-murid yang telah menjayakan program ini. Tahniah!✨
#PendidikanManusiawi@KERIS
#TransformasiBerinovasiInsaniahMadaniBerintegriti
#SKKHebatHebatHebat #CergasBersama #HSN