????️Perkhemahan Unit Beruniform 2025✨
???? 26-27 September 2025
???? SK Kerubong
Alhamdulillah, Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Kerubong Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat, kerjasama dan disiplin.
Seramai 177 murid Tahun 4 hingga Tahun 6 daripada enam badan Unit Beruniform telah menyertai perkhemahan ini bersama guru-guru penasihat. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti:
✅ Pemasangan khemah
✅ Pertandingan kawad kaki
✅ Persembahan malam kebudayaan
✅ Night walk
✅ Aktiviti jalan lasak (Tali dan ikatan, Bantu mula, Ikhtiar hidup)
Program ini bukan sahaja melatih ketahanan fizikal dan mental bahkan membentuk sahsiah, kepimpinan serta semangat kerjasama dalam kalangan murid.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn. Rahayu binti Mohd Thith, Guru Besar SK Kerubong dan barisan pentadbir, ketua-ketua unit beruniform dan guru-guru penasihat serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini. Sokongan dan kerjasama anda amat bermakna dalam memastikan kelancaran program.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta! Semoga pengalaman ini menjadi kenangan berharga dan motivasi untuk terus cemerlang pada masa hadapan.
SK Kerubong…Hebat! Hebat! Hebat!
???? Pautan Buku Program
https://anyflip.com/vnro/rwqk/
#PendidikanManusiawi@KERIS
#TransformasiBerinovasiInsaniahMadaniBerintegriti
#SKKHebatHebatHebat