• Main
  • News

Jom Sihat! Senamrobik Bil. 1/2025

Jom Sihat! Senamrobik Bil. 1/2025

JOM SIHAT! SENAMROBIK BIL. 1/2025

????️ 6 Mei 2025 / Selasa
⏰ 7.15 - 7.35 Pagi
???? Dewan Ummi Mujtahidah

Senamrobik merupakan satu senaman berdasarkan prinsip gerakan otot, pernafasan dan jantung. Aktiviti ini bersesuaian dengan prinsip kecergasan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan dan daya tahan seseorang, serta mudah dilakukan oleh semua golongan. Namun begitu, ia merupakan aktiviti yang masih baru di Malaysia berbanding dengan negara-negara maju lain. Aktiviti ini biasanya hanya dilakukan di pusat gimnasium, studio tarian, jabatan dan di tempat-tempat rekreasi.

Kini, senamrobik ini sudah mula diperkenalkan di sekolah sebagai sebahagian daripada aktiviti sihat di kalangan murid sejajar dengan perkembangan 1Murid 1Sukan bagi menggalakkan aktiviti kesukanan dalam kalangan murid. Hal ini juga dapat mengurangkan kadar obesiti yang semakin membimbangkan dalam kalangan murid sekolah di samping membantu mengurangkan kadar masalah disiplin dan stress. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

#PendidikanManusiawi@KERIS
#TransformasiBerinovasiInsaniahMadaniBerintegriti
#SKKHebatHebatHebat