• Main
  • News

Ceramah Pergigian Murid Tahun 5 Dan Tahun 6

Ceramah Pergigian Murid Tahun 5 Dan Tahun 6

Ceramah Pergigian Murid Tahun 5 dan Tahun 6 SKK 2025/2026

???? Isnin -5 Mei 2025
???? Dewan Ummi Mujtahidah, SK Kerubong
???? Penceramah: Nurse Siti Sarah (Klinik Gigi Batu
Berendam)

???? Alhamdulillah, ceramah pergigian bagi murid-murid tahun 5 & tahun 6 telah berjalan dengan lancar.

????️ Ceramah ini adalah bertujuan untuk:

???? Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan gigi dan mulut.

???? Memberi pengetahuan asas tentang amalan kebersihan pergigian yang betul.

???? Mencegah masalah pergigian seperti gigi berlubang, gusi berdarah dan nafas berbau.

???? Menggalakkan tabiat penjagaan gigi sejak kecil, termasuk rutin harian seperti memberus gigi dua kali sehari.

???? Memupuk rasa tanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri, terutama dalam aspek penjagaan mulut.

???? Membantu murid mengenal pasti tanda awal masalah gigi agar dapat mendapatkan rawatan awal.

???? Menyokong program Kesihatan Pergigian Sekolah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

???? Semoga murid-murid SKK dapat manfaat daripada program yang dijalankan.

#PendidikanManusiawi@KERIS
#TransformasiBerinovasiInsaniahMadaniBerintegriti
#SKKHebatHebatHebat
#UnitHemSKK