• Main
  • News

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BIL. 2/2025

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BIL. 2/2025

????PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BIL. 2/2025????

???? Isnin, 21 April 2025
???? 7.35 - 8.05 Pagi
???? Dewan Ummi Mujtahidah

Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pelengkap kepada aktiviti tahunan unit beruniform di sekolah-sekolah.

Dalam perhimpunan bulanan ini setiap unit beruniform dikehendaki mengendalikan perhimpunan rasmi sekolah dengan dibimbing oleh guru penasihat unit beruniform berkenaan.

Alhamdulillah, Perhimpunan Kokurikulum Bil. 2/2025 telah dilaksanakan dengan jayanya pada pagi ini di bawah kelolaan Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Terima kasih diucapkan kepada semua guru penasihat dan ahli-ahli BSMM yang terlibat. Diharapkan aktiviti ini dapat memberi pendedahan tentang pertolongan cemas dan membentuk murid-murid supaya lebih berani dan bertanggungjawab.

#PendidikanManusiawi@KERIS
#TransformasiBerinovasiInsaniahMadaniBerintegriti
#SKKHebatHebatHebat