• Main
  • News

????PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BIL. 1/2025????

???? Isnin, 17 Mac 2025
???? 7.35 - 8.05 Pagi
???? Dewan Ummi Mujtahidah

Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pelengkap kepada aktiviti tahunan unit beruniform di sekolah-sekolah.

Dalam perhimpunan bulanan ini setiap unit beruniform dikehendaki mengendalikan perhimpunan rasmi sekolah dengan dibimbing oleh guru penasihat unit beruniform berkenaan.

Alhamdulillah, Perhimpunan Kokurikulum Bil. 1/2025 telah dilaksanakan dengan jayanya pada pagi ini di bawah kelolaan Unit Beruniform Pengakap.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru penasihat dan ahli-ahli Pengakap yang terlibat. Diharapkan aktiviti ini dapat membentuk murid-murid supaya bertanggungjawab dan mendapat pengalaman untuk mengendalikan perhimpunan.

#PendidikanManusiawi@KERIS
#TransformasiBerinovasiInsaniahMadaniBerintegriti
#SKKHebatHebatHebat