???? KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SK KERUBONG KALI KE-48 TAHUN 2026
???? Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
???? Masa: 7.30 pagi – 1.00 tengah hari
???? Tempat: Padang SK Krubong 2
Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan SK Kerubong Kali Ke-48 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh semangat kesukanan, perpaduan dan kerjasama.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Nasrul Hadi bin Mohamad Nor, Ketua Hal Ehwal Halal Nestlé Malaysia. Turut hadir ialah Jawatankuasa PIBG dan warga SK Kerubong, Puan Nazliyah binti Deros, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Krubong 2 serta para ibu bapa dan komuniti.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SK Krubong 2 atas kesudian memberikan kerjasama serta membenarkan penggunaan padang sekolah bagi menjayakan kejohanan pada tahun ini. Kerjasama yang terjalin ini amat dihargai dan mencerminkan semangat muafakat serta jalinan strategik antara kedua-dua sekolah.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang sukan, malah turut memupuk nilai disiplin, kepimpinan, semangat berpasukan dan daya saing yang sihat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
???? KEPUTUSAN KESELURUHAN KEJOHANAN
???? Johan Keseluruhan : TEMENGGUNG
???? Naib Johan : SYAHBANDAR
???? Tempat Ketiga : LAKSAMANA
???? Tempat Keempat : BENDAHARA
????️ KEPUTUSAN PERBARISAN RUMAH SUKAN
???? Johan : LAKSAMANA
???? Naib Johan : TEMENGGUNG
???? Tempat Ketiga : BENDAHARA
???? Tempat Keempat : SYAHBANDAR
???? ANUGERAH KHAS KEJOHANAN
????♂️ Olahragawan: AHMAD THAQIF KHALIS BIN MOHD IMRAN SOFWANI (SYAHBANDAR)????
????♀️ Olahragawati: NUR MUSKAISAH BINTI MUSLIMAN (LAKSAMANA)????
⭐ Atlet Harapan Lelaki: MUHAMMAD AFIQ BIN HAIREE (LAKSAMANA)????
⭐ Atlet Harapan Perempuan: NUR RANIA HUMAIRAH BINTI KHAIRUDDIN (TEMENGGUNG)????
???? Siaran Langsung TVPSS
https://youtu.be/3QT-BRku748?si=92A_Vj9eol7LTNib
???? Album Gambar Rasmi
https://drive.google.com/drive/folders/14uXBUodIbwIVpgboiA-odBKe4IxsWIa7
???? Keputusan Rasmi Penuh
http://smis.events/result/index.php?c=KERIS2026
Tahniah kepada semua pemenang, peserta, guru, ibu bapa dan warga sekolah yang telah menjayakan kejohanan ini. Semoga semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang dipamerkan terus menjadi budaya warga SK Kerubong.
SKK...HEBAT HEBAT HEBAT!
#PendidikanManusiawi@KERIS
#TransformasiBerinovasilnsaniahMadaniBerintegriti #KejohananSukanSKKerubong2026
#SKKerubong