????MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERDANA SILANG BUDAYA
????️Tarikh : 17 April 2026
????️Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
????Tempat : Dewan Ummi Mujtahidah
????Anjuran : Unit Kurikulum, Unit Hal Ehwal Murid & Unit Kokurikulum
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Majlis Sambutan Hari Raya Perdana Silang Budaya SK Kerubong 2026 dengan penuh meriah dan bermakna.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas kepada Puan Rahayu binti Mohd Thith, Guru Besar SK Kerubong, barisan pentadbir sekolah, PIBG serta guru-guru atas sokongan padu, komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan kelancaran majlis ini.
Tidak dilupakan juga kepada sekolah-sekolah jemputan iaitu SK Krubong 2, SK Parit Melana, SK Bertam Hulu, SJKC Pay Fong 1 dan SJKT Paya Rumput yang sudi hadir memeriahkan sambutan serta berganding bahu dalam menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada semua ibu bapa yang telah berusaha memberikan sumbangan makanan untuk meraikan anak-anak.
Segala usaha, sumbangan dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan semoga ianya menjadi kenangan indah serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua.
Sekian, terima kasih.
✨ Maaf zahir & batin ✨
Ikhlas daripada warga SK Kerubong
#PendidikanManusiawi@KERIS
#TransformasiBerinovasiInsaniahMadaniBerintegriti
#SKKHebatHebatHebat